Antara lelaki dan wanita*BM post*

Baiklah, entri kali ini adalah di dalam Bahasa Melayu. Kenapa? Sebabnya, si tuan empunya blog ini merasakan kecekapan beliau untuk menulis dalam bahasa kebangsaan dah semakin jelas merosot. Al-maklumla selalu berbahasa orang putih atau cina. Keperasanan memeluk diri sendiri...ahahhaha

Baiklah, sebelum saya melalut lebih, kita berbalik kepada subjek hari ni. Entri kali ni menangkap minat saya disebabkan perbualan bersama seorang teman bergelar lelaki tempoh hari. Kata beliau, kenapa pompuan slalu rasa penat bila beban keja takla banyak sangat ataupun sebagai surirumah?

Pada pendapat saya, walaupun seorang pompuan bekerja sebagai surirumah sepenuh masa, ada penatnya. Menjaga anak memang penat tau terutama sekali bila menjaga budak yang baru nak belajar berjalan. Penat dikejar satu rumah..nak kena basuh baju, kemas rumah dan masak jangan dilupakan. Ada sesetengah lelaki pantang kalau bini tak masak sebab tak suka makan luar. Kadang-kadang jaga anak lagi penat berbanding kerja di ofis. Kalau kat ofis, kita cuma penat mental. Jadi surirumah, penat mental dan fizikal. Jangan main-main kau. Kalau tak, dekat hospital sakit jiwa tu, takdelah pompuan sakit meroyan.

Cuba kalau Tuhan tu reversekan watak lelaki pulak sebagai surirumah, baru mereka ni paham macam mana penatnya menjadi ibu.

Kadang-kadang tak adil bila suami marahkan isteri sebab tak masak. 'engkau buat apa kat umah satu hari sampai tak sempat nak masak. Jaga anak aje pun. Bukannya susah sangat'. Itulah ayat kebiasaan yang dilemparkan kepada si isteri dari si suami. Memang tak sempat nak masak terutamanya bila anak ramai. Baru nak mula masak, si kecik dah meraung nak susu badan. Baru nak mula basuh baju, si kecik nangis nak tido. Budak kecik pulak bukan bole terus tido. nak kena dodoi atau menyanyi kat dia lagi. Dahhhhh ambik masa....so by the time nak masak, suami pun dah balik. Kena pulak suami yang jenis melepaskan stress kat umah, teruk dimakinya. Itu takpe, dilempangnya pulak,satu hal lagi.

Entahla, kadang2 baik jadi wanita yang berkarier tanpa teman adalah lebih baik...bukan apa, susah nak cari lelaki macam bapak kita di zaman yang serba canggih nie..kalau ada pun, samada dah berpunya atau dah kahwin. Mungkin disebabkan itu, ramai wanita di luar sana masih single...apa kata anda???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment